Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan kumpulan , BIMB
Mufti Negeri Pahang
Sahibus Samahah Dato’ merupakan Profesor di Centre of Islamic Finance Education and Research (CIFER). Pada mulanya beliau adalah Profesor di Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) di Universiti Utara Malaysia (Official FB) yang disertainya selama lebih 21 tahun semenjak 1999, namun dipinjamkan ke Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah – Uni SHAMS sebagai Naib Canselor untuk tempoh dua tahun, bermula 1 Februari 2021. Beliau telah diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ahli Dilantik, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bermula 30 Jun 2022. Sebelum itu juga beliau dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk Tabung Haji bermula 19 Januari 2022 – 19 Julai 2022.
Beliau memiliki pengalaman luas dalam amalan industri di mana beliau telah dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sejak tahun 2014 dan ahli Majlis Syariah Bank Islam Malaysia Berhad sejak tahun 2020, serta Pengerusi Jawatankuasa Syariah Sun Life Malaysia Takaful pada tahun 2021. Sebelum itu, beliau adalah ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dari tahun 2013 hingga 31 Oktober 2019 (6 tahun). Pada masa ini, beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Kelantan (Jamaah Ulama’ Kelantan) sejak pertengahan tahun 2018 dan ahli Panel Pakar Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM untuk tempoh 2019 hingga 2021; serta Majlis Wakaf Pahang sejak tahun 2019. Sebelum ini juga, beliau adalah Ahli Majlis Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman dari tahun 2013 hingga 2015.
Selain itu, beliau juga adalah ahli Panel Pakar Muamalat JAKIM (2016 – 2018) dan ahli Lembaga Pengarah Sintok Agro Sdn. Bhd. untuk tempoh 2018 – 2019. Beliau juga pernah menjadi perunding dalaman untuk Hong Leong Bank (Islamik) dari tahun 2008 – 2010 sebelum menjadi ahli Majlis Syariah bank berkenaan dari tahun 2011 – 2013 Beliau juga adalah Ahli Majlis Besar Institut Profesional Kewangan Islam Bertauliah (CIIF) dari tahun 2018 – 2020 di mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Profesional Kewangan Islam Bertauliah (ACIFP). Selain itu, beliau juga adalah ahli di pelbagai jawatankuasa seperti Jawatankuasa Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk Pentadbiran Kewangan Islam, Takaful dan Kurikulum Pentadbiran Muamalat.
Dato’ Dr. Asmadi menamatkan pengajian Thanawi Empat di Karachi Pakistan pada tahun 1992 dan pengajian tinggi peringkat Sarjana Muda Syariah (Kepujian) di University of Jordan dengan pengkhususan dalam bidang Fiqh and Usul Fiqh pada tahun 1997. Beliau kemudiannya menamatkan pengajian peringkat Master and Kedoktoran dalam bidang yang sama pada tahun 1999 dan 2005 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Selain itu, beliau juga memegang kelayakan profesional Chartered Islamic Finance Professional (CIFP) pada tahun 2010 dan Perancang Kewangan Islam (IFP) pada tahun 2012.
Ahli Jawatankuasa Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
Rakan Kongsi, Ikbal Salam & Associates
Berpengalaman hampir 30 tahun sebagai peguam bela dan peguamcara. Beliau Juga merupakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor & Ahli Jawatankuasa Wakaf Negeri Johor Yang Berbhg Dato’ Ikbal Salam adalah peguam yang banyak terlibat menyediakan instrumen patuh syariah bagi institusi-institusi kewangan dan syarikat berkaitan Kerajaan. Beliau menyediakan beberapa Enakmen Negeri termasuk Deraf Pindaan Enakmen Wakaf Negeri Sembilan, Deraf Enakmen Wakaf Negeri Johor, pindaan Enakmen Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor dan Kaedah Tabung Kebajikan dan Pelajaran Yayasan Pelajaran Johor.
Beliau adalah peguam yang mewakili Majlis Agama Islam Negeri dalam kes-kes melibatkan kesucian agama Islam seperti Kes Tuntutan Kalimah Allah dalam terbitan Majalah Harold oleh pihak Gereja, Kes Kalimah Allah oleh Jill Ireland, Kes cabaran Indera Ghandi terhadap Enakmen Negeri, Permohonan Semakan Kehakiman Hizbut Tahrir terhadap Fatwa Negeri Johor, Kes cabaran terhadap fatwa anak tak sah taraf “Bin Abdullah” dan ramai mungkin masih ingat apabila DYAM Tunku Mahkota Johor menitahkan beliau untuk turut serta membantu dalam suatu kes penderaan kanak-kanak kurang upaya yang viral pada tahun 2023 iaitu Adik Bella.
Selain daripada kolumnis di akhbar harian, beliau juga menulis buku Hibah Kontingensi & Bersyarat Di Malaysia dan Singapura dan Penulis Bersama Buku Peranan Usul Fiqh Dalam Perundangan Islam yang diterbitkan oleh Penerbit UTM Press.
Mufti Wilayah Persekutuan
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir – sebuah institusi tersohor dunia Islam yang melahirkan ramai tokoh ulama. Beliau turut melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Syariah di Universiti Malaya dan memiliki Sijil Kemahiran Fatwa dari Dar al-Ifta’ Mesir pada tahun 2008. Bergerak aktif dalam bindang
penulisan serta pembentangan kertas kerja. Pada 2025 beliau dilantik menjadi Mufti Wilayah Persekutuan ke-9, berkuatkuasa mulai 23 Mei 2025 bersamaan 25 Zulkaedah 1446 H.Beliau merupakan seorang tokoh ilmuan Islam dalam pelbagai bidang seperti perundangan Islam, pendidikan, kewangan Islam, dakwah dan penyelidikan.Aktif menyumbang dalam pelbagai institusi termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), institusi kewangan dan akademik melayakkan beliau memegang amanah ini. Memperoleh Sijil Penasihat dan Juruaudit Syariah (Certified Shariah Advisor and Auditor CSAA) dari Pertubuhan Perakaunan Dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI)Memperoleh Sijil Kemahiran Fatwa dari Dar al-Ifta’ Mesir pada tahun 2008. Dilantik sebagai anggota jawatankuasa syariah Alliance Islamic Bank Berhad pada 1 April 2018. Pernah juga berkhidmat sebagai Perunding Syariah di syarikat penerbitan, Telaga Biru Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Waqaf Malaysia
Berkelulusan Doktor Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Teknologi Mara dan Sarjana Pengurusan Kewangan dari University Of Hull, United Kingdom dan Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Yayasan Multimedia Malaysia (MMU) dan Pensyarah Profesional di MMU sejak tahun 2011, juga merupakan seorang akauntan yang bertauliah dan pakar rujuk dalam bidang Kewangan Sosial Islam dan Wakaf, kata YWM dalam kenyataan di sini.
Sebelum menyertai MMU secara sepenuh masa, beliau mempunyai lebih daripada 21 tahun pengalaman dalam sektor korporat dengan menerajui jawatan sebagai Ketua Jabatan Strategi Korporat, Kewangan Korporat, Akauntan di Telekom Malaysia, TMNet Sdn. Bdn, Projek Multimedia Super – Corridor (MSC) dan Sapura Holdings.
Sebagai ahli profesional dan pakar rujuk dalam bidang Kewangan Sosial Islam dan Wakaf, beliau banyak terlibat dengan bidang perundingan dan nasihat di dalam dan luar negara.
Beliau pernah menerajui beberapa perundingan dan penasihat berimpak tinggi dalam bidang wakaf antaranya sebagai Ahli Perunding Wakaf Brunei Darussalam pada tahun 2021 – 2022 dan pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 2019 – 2021.
Kini, beliau turut mengetuai beberapa projek berskala besar iaitu sebagai Pengerusi Blueprint Islamic Socio Economy for Malaysia (DSEU), Ahli Pakar Penasihat Waqf Smart City Pahang, Malaysia pada tahun 2017-2024, Malaysia Islamic Accounting Standards for Baitulmal, Zakat and Waqf (PPIBZW Accountants’ General, Malaysia) pada tahun 2018- 2024, dalam kajian mengenai Hospital Wakaf dan Wakaf Digital Global.
Beliau juga aktif dan mengetuai beberapa badan NGO seperti Bendahari dan Ahli Majlis Tindakan Wakaf Antarabangsa (iWaqf), Pengasas dan Pemilik Sekolah Pondok Al-Quran Wakaf Pasentren Miftahulkhoir (MQBS), Bandung, Indonesia dan Tabung Warisan Kesihatan (TWKK).
Pengasas, Asri Ahmad Academy
Datuk Mohd Asri Hj. Ahmad merupakan pemenang Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Analisa Pelaburan UiTM oleh Bursa Malaysia pada 1997. Kemudian melanjutkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari UiTM, Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Putra Malaysia dan juga merupakan Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA), Certified Financial Technician (CFTe), USA.
Beliau telah diiktiraf sebagai ikon (Social Influencer) BursaMKTPLC (sebahagian daripada Bursa Malaysia) dan telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bursa Marketplace Social Influencer of the Year 2018. Beliau turut dinobatkan sebagai salah seorang penerima anugerah The 100 Most Influencial Young Entrepreneurs 2019. Akademi latihan beliau juga telah diiktiraf sebagai Premium Top 10 Investment Training Academy 2019 dan Shariah Investment Training Excellence 2019 dari SME & Entrepreneurship Business Awards 2019.
Terkini beliau telah menerima anugerah The BrandLaureate The World’s First SMEs Bestbrand e-Branding Award 2020.
Dekan, Institut Perbankan & Kewangan Islam UIAM
Kepakaran beliau adalah dalam bidang Syariah, aspek perundangan, tadbir urus Kewangan Islam. Beliau juga aktif sebagai penyelidik dan jurulatih pakar dalam Kewangan Islam, di mana beliau kerap di jemput sebagai penceramah utama seminar, persidangan dan juga bengkel latihan samada di dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa. Beliau ialah Jawatankuasa Syariah untuk beberapa Institusi Kewangan Islam di Malaysia, institusi Wakaf, Koperasi Islam dan juga merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah bagi Persatuan Bank-Bank Islam Malaysia (AIBIM). Beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah untuk sebuah syarikat Takaful dan juga sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah di dua buah Institusi Kewangan Islam di Malaysia. Di peringkat antarabangsa, beliau ialah Jawatankuasa Syariah untuk dua Institusi Kewangan di Maldives. Beliau adalah penulis yang prolifik dan telah menerbitkan 10 buah buku dan lebih daripada 200 artikel dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Beliau juga disenaraikan sebagai 10 penyumbang teratas bagi penerbitan Scopus di dalam bidang Kewangan Islam. Beliau menerima beberapa anugerah seperti 10 Wanita Paling Berpengaruh dalam Kewangan Islam selama empat tahun berturut-turut sejak 2018 – 2022. Sumbangan beliau di Maldives telah dianugerahkan dengan Pengiktirafan Kebangsaan bagi sumbangan berkaitan pembangunan wanita untuk membangunkan industri Kewangan Islam di Maldives pada tahun 2018.